Tuesday, August 16, 2011

our moments



iftar =) licin habis suma walaupun makan berdua je.


ok sibok jap hehe

strudel and ice cream =D



i had a great time. mula2 jumpa awkward gila taktau nak cakap apa. malu2 kucing sengih menyeringai je lol. thanks teman shopping and tolong ikat ribbon.

thanks kak shikin for recommending the place!

smooches~

Friday, August 12, 2011

update


salam semua! i'm back home for almost a week already. tapi bosannyaaaa dok sorang2 kat rumah adik2 semua p sekolah sampai petang pastu ade tusyen pulak malam2 haih nak ajak p mcD drive thru pun susah.

naseb bek ade stok cter korea and jepun buat peneman hari2ku yg sepi. so far dah habehkan 3 cerita : baby-faced detective shibata, my princess and 49 days. cerita shibata tu best sebab hero dy cute sangat and ade buchou (fujiki naohito, my second boypren ehem) and cerita dy pun standard cerita jepunla, setiap kes ade moral and nilai2 murni yang harus dicungkil oelh para penonton sekalian.

cerita 49 days telah mengorbankan air mata saya sebanyak berliter2 sebab jalan cerita yg meruntun hati dan perasaan. tapi apa kes ending dy memedihkan ulu hati orang je. sakit jiwa aku nanges 20 episodes tup tup takdak happy ending pun. sobs selalunya bile tgk cter korea i akan skip2 part yg drag panjang berjela tp cter tu takleh nk skip sgt kalau tak nanti hilang pemahaman akan jalan cerita yg complicated itu.

saya suka my princess!! tapi isu kerajaan korea, blue house and isu puteri2 diraja ni semua i skip hehee tgk part best2 je. song seung hun comelnye dlm cter ni teehee before ni tak rasa dy hensem tapi tiba2 du jadi hensem dlm cter ni. penat dah gigit bantal golek2 atas katil sebab moment2 cheesy tp rumentik dlm cter ni hehe. jadila buat hiburan kan.

oh btw sepanjang balik rumah ni saya tak penah lagi p bazar ramadhan sebab mak rajin bebenor masak smpai penuh meja. even shopping2 kat ipoh pun tak p lagi. rasa lg best dok rumah kacau adik buat keje sekolah. mood nk shopping tak dtg lagi. dlm purse pun ade duit rupee je haha punya malas nk keluar tukar. tapi kena paksa diri keluar jugak sebab hadiah org tu tak beli lagi padahal next week dah nak jumpa ohh cuakkkkk. takde idea nak buat apa lagi untuk dy. dy dah demand masak itu ini. bilalaa dy nak sedar gf dy ni tak pandai masak.

results first year dah keluar. although i'm grateful, i can't hide my frustration. tapi nk buat mcmn kan, sampai mati pun aku akan ingat simbol gamma tu hehe.

ok dah nk p mandi. pasni sambung city hunter pulak.

smooches~

Friday, August 5, 2011

home!


finally, i've done with first year of bachelor of dental science! ^___^ 4 more years to go though T_T anyhoo, i'm done with all the exams, practicals and distinction viva. regarding the viva, i'm not really confident but i've tried my best, so tawakkal jelah yg termampu skrg. tp still macam tak percaya! dah setahun dok kat india ni! dalam masa setahun ni satu pokok cili boleh mengeluarkan hasil sebanyak 73 kali! wow!

oo yeah no more carving! will miss it though. carving tooth from a wax block was fun but the pressure that came from the lecturer was truly a burden. mm okaylaa maybe not a burden tapi memang buat orang stress! sakit jiwa setiap kali nak pergi lab sebab takut kena condemn macam2. carve gigi manusia macam gigi buaya la, gigi harimau la, tu belum masuk part kena gelak kihkihkih dgn lecturer dan kita hanya mampu terkulat-kulat lalu senyum kambing sebab nak cover malu.

tapi second year still tak boleh lari from prosthodontics T__T so expect a lot of the-whine-of -the-prostho-class posts after this. kena kuat semangat walaupun kena buat 7 cycle of the same procedure to make an edentulous denture (gigi palsu untuk org tak bergigi langsung) over a year.

bye2 anatomy, physiology and biochemistry!! i'll only miss anatomy part head and neck excluding brain. i won't miss learning thorax hehe sebab takde kaitan ngan dentist kot. i'll miss biochemistry a lot but kat physiology takdak apa2 perasaan. bese2 je.

second year offers general pathology, microbiology, pharmacology and dental materials for us to drown ourselves with. semua subject pun mcm killer jadi harapnya senior ade tinggalkan byk nota2 hebat untuk kitorg especially dental materials. i don't even know what i'm learning for the past 11 months. sad tapi nanti2la risau. yg penting nak balik malaysia dulu jumpa family pastu makan sedap. teehee.

i'm starting my journey going back home tomorrow!! firstly the 2 hour journey with car from manipal to mangalore, then the 12 hours train from mangalore to bangalore and finally a flight to malaysia!!! weehooooo!!

smooches~

Monday, August 1, 2011

hai august


august dah rupanya.

selamat menyambut ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. dpt jugaklah merasa pengalaman bepuasa di bumi orang walaupun hanya untuk seminggu. tak rasa apa2 yang lain sgt, mungkin sebab sibuk prepare untuk practical exam. tapi td first sahur dah terkorban sebab terlambat bangun. uhuk dah semangat dah nk makan cornflakes dgn susu. nak berbuke pun tak excited sgt sebabnya sampai saat saye menaip ni saye taktau nak berbuke ape. rase sunyila pulak dok dlm bilik sensorang menghadap buku physiology.

rasa rindu suasana berbuka ramai2 zaman 7 tahun duduk kat hostel. walaupun kadang2 mknn tak sesedap mcm kat rumah, tapi the atmosphere of berbuka dgn kawan2 cured it all. tak payah pening2 nak makan apa mlm ni, just p dewan selera, semua dah ade. kalau rajin p bazar ramadhan beli lauk extra. penah sekali tu termenangis sebab sayu tgk lauk berbuka ala kadar yg DS bagi sedangkan family kat rumah kemain seronok makan mewah2. haha zaman leleh.

kejam sungguh orang2 yg upload gamba makanan macam2 kat facebook. saliva dah accumulate, hanya mampu menelan sahaja T___T. one more week to home. tak sabar!

smooches~