Tuesday, November 29, 2011

kids on the block dan musibah


sebab kami masih kanak-kanak dan kami sudah di block kedua, tahun kedua BDS. macam tak caya! rasa mcm baru haritu punggah beg kat LCCT sebab lebih 30kg bawak stok makanan mai datang Manipal.

anyhoo, malam ini sungguh gumbira sebab exam block 1 baru melabuhkan tirainya. eceyh. nasib baik exam penutup (Dental Material) tak susah sangat tapi tak senang jugak sebab ade soalan yg saye hentam jawab.

overall saya rasa exam block 1 sungguh mengecewakan. sedih dgn diri sendiri yg tak manfaatkan masa betul2. boleh rasa perbezaan belajar masa Year 1 dgn Year 2 ni. mentang2 dah ada pengalaman, jadi usaha diberi tak cukup 100%. baca pun lambat2, tgk laptop je lebih tapi kalau tak tengok laptop nnt mata cepat ngantuk pulak. haih lagi sedih sbb rasa kebergantungan hidup disandarkan kpd hiburan dlm laptop.

paling sedih - selepas jawab paper Pharmacology sebabnya masuk dewan exam dgn rasa tak bersedia dan tak habis baca. padahal kalau manfaatkan betul sehari suntuk + satu malam tu sempat je nk baca semua. sudahnya jawab macam apa je. p baca dgn separuh hati, maka separuh markahlah dpt jawabnya. tu pn kalau lecturer baik nak bagi markah.

pengajaran yg saya dpt drp Year 1 : jangan lebihkan satu subjek drp subjek2 yang lain dan jgn over-confident bila rasa boleh jawab exam. less expectation, less disappointment, no?

kisahnya, bagi saya masa Year 1 University exam paper Biochemistry adalah paper yg paling senang, essay dan MTF. rasa macam sangat yakin boleh score tinggi. bila lecturer tanya, dan even Dean MMMC tanya, penuh confident saya cakap paper Biochem paling senang. target saya time tu : Best Student in Biochemistry. memang saya aim satu tu je. subjek lain saya tak kisah. saya dh memang maintain markah drp Block 1 semata-mata untuk award tu. nampak sungguh niat belajar dah lari di situ.

sebelum pergi distinction viva untuk Biochem (last stage untuk dpt Distinction) , tengahari tu saya study segala handout yg ada, baca sekali imbas nak refresh balik memory. tapi dlm byk2 handout tu, satu handout pasal Vitamin K saya terlupa nak baca. dah ingat dah kena baca, tapi taktau kenapa last2 saya tak baca jugak. saya even tak jumpa pun handout tu kat mana.

dan bila saya masuk bilik untuk di-viva, soalan pasal Vitamin K adalah soalan utama viva saya di samping soalan2 lain. even basic soalan dy saya tak boleh jawab. lagi sedih, kena gelak dgn interviewer sebab taktau simbol lain untuk gamma. even soalan lain saya boleh jawab, tapi semua soalan berkaitan dgn Vitamin K mmg saya sangkut. tapi harapan saya masih tinggi, saya sangat percaya kpd markah teori saya dan berharap soalan2 lain yg saya berjaya jawab akan compensate soalan Vitamin K tu.

tapi saya silap.

bila results keluar online, otak saya mengambil proses yg agak lama bila mata saya melihat satu-satunya subjek yg saya tak dapat Distinction ialah Biochemistry. subjek2 lain yg saya dah memang putus harap pulak yg dapat. walaupun masih bersyukur atas rezeki yg diberi, tapi ralat hati memang takleh nak sorok. sepanjang 5 minggu baki cuti saya di Malaysia setiap malam sebelum tido saya akan berasa frustrated dan mengulang ayat "kalaulah aku baca handout Vitamin K tu''. Tiap-tiap malam. tahap kecewa yg taktau nak cakap mcm mana.

harga yg perlu dibayar bila harapan terlalu tinggi.

dan bila dapat full result beserta markah, saya jadi lagi terkejut sebab subjek yg saya agung-agungkan tula yg saya dapat markah rendah compared to Anatomy dan Physiology. sumpah terkejut sampai rasa mcm nak pergi check paper balik. rasa mcm tak boleh terima. markah yg saya expect jauh sama sekali.

balik tu saya fikir, ada sebab Allah tak bagi saya distinction Biochem. mungkin kalau saya dpt, saya akn bertambah yakin dan lupa semua ilmu tu dtg drp-Nya. saya akan bertambah riak. saya akan lupa diri dan mule mengurangkan usaha belajar. jadinya setiap kali saya sedih teringat result tu, saya akan ingat itu tanda Allah sayangkan saya. Allah taknak saya jadi lebih sesat. Allah nak saya berusaha lebih lagi.

jadi, terima kasih Allah dan thanks to handout Vitamin K kerana telah menghilangkan diri pada hari viva itu =)

perasaan ni dtg balik sebab haritu kakak usrah ada share pasal hikmah musibah. salah satunya untuk menguji sejauh mana pergantungan diri kita kpd Allah dan sejauh mana tahap keredhaan diri kita kpd ujian2 Allah. jadinya hati akan bertambah tenang bila semua benda kita trace balik kpd Allah.

harap2 lepas ni akan mampu terus bersabar menghadapi apa jua musibah, contohnya dibahan rakan2 dgn benda yg tak betoi hihihihi =P



marilah bersemangat menghadapi Block 2! *semoga tak hangat-hangat tahi ayam* walaupun agak lemah lutut sebab esok ada practical Microbiology T____T. go away negative vibes!! shoooh shoooh!

smooches~

Friday, November 18, 2011

awak yg pelik



sebab awak boleh terima saya seadanya. saya sendiri tak mampu terima diri saya apa adanya.




u said the nerd in me is attractive (bahaha) but now this nerdiness is keeping me away from you for a while.

patience is a virtue =)



so not ready for block 1 exam. hate this.



-pic from tumblr-

smooches~

Wednesday, November 2, 2011

mira




happy birthday Mira!!!

rindunya zaman karok kat SP and makan2 kat CP and jalan kaki p pasar malam ampangan (walopun aku p 2 kali je hihi)

tahun depan wajib jumpa wokey kalau tak no kain sari for you! hahaha =P

love u Mira, jaga diri baik2 noo kat UK sana. ^__^


p/s : Mcdee, mira lagi pervert drp aku okay. haha

smooches~

Tuesday, November 1, 2011

doploh satu



tepat kul 12 waktu Malaysia ada manusia nyanyi lagu happy birthday dgn tak sedapnya from Malaysia. hihi ada org tu kecewa tak dpt jd org first yg wish sebab kawan2 from aussie dah wish dulu kat fb. nevermind, u're the last to wish me sebelum masuk 29th Oct. =)

tepat pukul 12 waktu Malaysia jugak mak abah hantar mesej menyentuh jiwa, rasa nak leleh-leleh tapi ditahan sebab tamau sedih malam birthday. sedih sebab fikir dah lama tak sambut birthday ngan family sendiri sebab drp form 1 dok hostel and birthday jarang jatuh hari cuti.

tepat pukul 12 waktu India ada manusia tu wish lagi sekali selepas 3 jam menemani malam birthday girl yg sepi. layan perasaan dgr bunga api n mercun pompampom perasan orang main untuk celebrate birthday dia. rasa macam artis sekejap.

bangun esok pagi tgk ada 2 mesej masuk from Najoo and DJ. sedih. makin tua makin sikit dpt mesej. semua salah facebook. p dapur Myro dah masak breakfast egg sandwich and dua2 housemates tersayang wish birthday peluk cium apa semua.

pegi kelas, duduk kat tempat skema sakit leher, bukak inbox, air mata meleleh. sebab? TAKTAU. sumpah taktau. memang perangai fanarosli cepat sensitip bila dtg hari2 penting dlm hidup dy. perasaan yg taktau nk explain mcmn kat orang. pastu classmates wish n nyanyi lagu birthday pun tak mampu nak ckp thank you properly sebab hati kacau bilau. urgh menciii.
mintak maaf kawan2 kerana menyusahkan hati anda semua.

balik rumah, tido. bangun, dah normal. petang tu Nabilah belanja makan eskem Baskin walaupun belum 31st. dinner malam tu, ada suprise chocolate cake Nabilah buat untuk saye n Syasya buat topping dy. ^__^ sedap gila tauuu sampai saya tak kisah diet saya hancur hehe.


tadaa! nampak tak word 'Fana' tu? sebenanye saja ngade2 mintak Nabilah buat kek special for my birthday, tp tak sangke dy buat betoi2. hihi thanks my poreber partner!


duckie no. 1 and card from Myra. dah agak dah dy akan beli hadiah2 yg tak semenggah sebab dy dah tak innocent skrg ni. hehe. but the words in her card that hit me. i'll try to change okay bebeh! =)


ini memang stail Miyn, bagi hadiah ada muka dy sendiri. hehe. saye anggap dy masak chicken chop sedap gilos aritu sebagai meraikan birthday saya boleh tak? hihi


blouse and card from Dawa n Aien. =)


a gigantic mug, luggage tag and card from Syasya. rasanya dy bagi tag tu sebab haritu mcm excited tgk dy pakai tag tu jadi keychain. ngeh3 jakun.


a nerd domo pencilcase from Najo and Myro. tak seswai langsung dgn personality dan gaya hidup saya yg glamer dan chic. kihkihkih.


hadiah yg paling berani sekali from Naurah. Duckie no. 2 berjoget buat bising tarik perhatian sume org. bila pegang kepala dy masa tgh joget nnt dy quackquackquack dgn sgt bising. tapi sgt menghiburkan hati ^_^ thanks for the bangle and card too.


Duckie no. 3 from Kappa dibeli depan mata birthday girl walaupun dihalang berkali-kali. menjadi mainan Kappa selam sebulan, baru dipasskan kpd birthday girl. =_='' tapi seronok main picit2 dy bila stress.


cheers to my very first Korean album!! Super Junior Mr. Simple album version B. terlompat2 dapat hadiah ni from Kappa sebab mcm tak percaya! walaupun dh 3 tahun jadi K-pop fan, tapi tak pernah lagi sampai beli album sebab takde duit *sobs*


dlm album tu ada photo album *sukasuka!* dapat phototcard Siwon, kalau Mira or Mcdee yg dpt mesti diorg lagi suka.


my anchovy! teeheeheee ^_^


and thanks so much to Mcdee, Myra and Miyn (3M) for the blogposts. jugak kepada syatees mokmok sebab sanggup call from aussie sana. nak menyamar buat suara tempe padahal suara ko tu nyaring cam kucing. haha. thanks also for all the birthday wishes dlm apa jua cara; wish depan2/mesej/nyanyi lagu birthday/ fb/twitter.

menyesal moody di pagi birthday bila Allah kurniakan saya kawan2 yg mampu menyempurnakan birthday saya yg ke-21. sayang semua!

salah satu tanda dah tua: malas nak reply wish birthday satu persatu kat fb.


p/s : panjang nak mampus post birthday ni. but thats because i'm happy and in the mood. =) lepas ni lagi forever nak update.

smooches~