warning: emo postnickname saya di kolej mara seremban adalah
singa. sebab mereka kata saya garang.
bila saya btau kawan2 lama saya mengenai hal ini, mereka jadi bingung, serta tertanya2. "
fana garang?" mungkin itu persoalan yg tercetus dalam sanubari mereka.
saya tahu mengape saya jadi garang di kolej mara seremban, tidak di sekolah2 lama saya. jangan tidak percaya, dulu saya anntara orang yg paling rapat dgn classmate lelaki saya.
semua ini kerana status saya.
sudah menjadi kehendak saya sendiri untuk menjauhkan diri drp lelaki selepas saya sudah berpunya. bkn apa, kerana saya tidak mahu menjadi terlalu rapat. kini saya lebih selesa begitu. kamu tahulah, mulut saya kalau sudah mula bersembang, tak akan tahu apa itu 'letih' atau 'berhenti'.
jadi saya yg tidak biasa menjadi anti-sosial ini, tidak tahu bagaimana untuk menjauhkan diri drp org lain. pada saya hanya satu cara yg mungkin berkesan.
iaitu dgn menjadi garang, bengis, whatsoever.
saya tidak kisah dipanggil begitu kerana sebetulnya, saya memang garang. saya mudah marah, mudah melenting, sering gagal mengawal emosi serta mudah melatah. saya sedar saya sudah banyak menyakitkan hati kawan2 saya di dalam mahupun di luar kawalan. tak tahula mengapa, makin membesar, makin sensitif pulak hati saya ini.
mungkin kerana hati saya sgt sensitif, tetapi saya mendiamkannya saja. maka segala perasaan tidak baik itu terkumpul dan kini menghitamkan hati saya. mungkin.
saya rindukan zaman saya tidak emo, di mana tahap kesabaran saya amat tinggi walaupun pada masa itu perangan agak kebudak-budakan. secara serius, saya selalu meyesali apa2 perkataan tidak baik yg saya terlontarkan kpd rakan2 saya. hati saya jadi tidak senang. namun amat sukar untuk megikis perangai ini.
saya tidak suka bila ada org berasa kurg senang dgn saya tapi apakan daya, saya manusia yg penuh kekurangan. dan saya masih dalam proses untuk mengenali diri serta membaiki diri untuk menjadi lebih baik.
i really wish to be the best friend that one can have, but so far i have failed.
i'm sorry.
smooches~