jumaat lepas saya pergi ke KL (again) untuk mengambek visa yg rupe-rupenye hanyelah sehelai sticker buruk yg berharga rm285.00. tak apa, nnt boleh claim mara. mara akan pulangkan duit abah saya lebih kurang dlm emmm......6 bulan?
masa beli tiket utk ke KL, saya lupa KL adalah tempat maharaja jalan jem. jadinya bas yg sepatutnya sampai di bukit jalil jam 4.30 menjadi 5.40 ptg sebab jalan jem. semua pun nak balik kampung, jadi tak boleh merungut lebih2. kita kena faham keterujaan org yg mahu pulang ke desa tercinta.
dalam bas hati berdenyut2 (?) berdoa supaya kitorg (saya, aien, ping) sempat tiba di visa centre di masjid jamek sebelum 6.30 ptg. sampai saja bukit jalil, terus bergegas naik lrt, jalan laju2 meredah org yg sibuk shopping kat masjid jamek sambil buat muke garang so that orang bagi laluan luas2. hehe.sampai2 sana tgk kat pintu dah ada sign 'closed' tapi kitorg masuk jugak ah tak kira datang dari jauh kot. pastu ade sorg miss ni buat muka garang and tak puas hati ahh aku tak kisah aku nak visa aku jugak. nasib baik dy baik hati, dy bagi jugak visa kitorg. lepas kitorg keluar je, terus dy tutup lampu, kunci pintu mangga lock semua. perli ke apa? takpa, asalkan dpt jugak amek visa. phew.
lepas tu kelam kabut solat kat masjid kecik ikut skala najaa basir yg pada skala kami amatlah besar jugak sebenarnya. kemudian kalut2 pegi mcD tgk2 tempat full tapi nak jugak mkn spicy ciken mcDeluxe tu so beratur panjang2 pun i sanggup. sudahnya kitorg berbuka kat kaki lima, duduk berderet kat depan RHB bank mcm pengemis tp pengemis yg style punya la. takde comot momot punya. nasib baik takde lagu raya berkumandang, kalau tak mesti dah menitis air mata.
lepas tu naurah amek kitorg, dan kami semua bergerak ke rumah syasya di sungai buloh yg sangat besarrrr dan lawaaa. mmg jaw dropping lah tgk rumah dy. lepas dah puas masuk setiap bilik, usha sana, usha sini, jakun merata-rata, kitorg g mandi kat swimming pool! huuyeeahh best sgt! usik2 kappa mcm nak rak hahahahaha ksian kappa yg cumel.
malam tu takde sape nak masak jadi ramai2 memenuhi dapur yg malap dan gelap untuk masak roti telur and nasi goreng. aien and ping buat roti telur, sedapppp!!! nasi goreng, errrr, sedapla jugak tu pun pakai perencah. asalkan ada rasa. hahaha first time masak nasi goreng sama2. sebelum ni asek msk spagetii ja. lepas sahur kul 2.30 pagi, ade sesi luahan perasaan tak puas hati terhadap mara. tp takleh bising2, nnt mara tarik balik scholarship.
esoknya g manipal di mana hanya menghabiskan duit minyak dan tol syasya dan naurah. memang tak patut manipal wajibkan kehadiran. jauh2 kitorg datang, dy cakap psl bende yg kitorg dah tau lama dah. hmmph sgt sakit hati. pastu kene paksa buat survey bodo saya biar kosong je part soalan 'why medicine'. aku dah bosan jawab soalan tu tau tak!
petang tu kitorg pegi ke bukit bintang, jalan2 kat sungei wang and pavilion. ramaiii sgt org kat pavi ingatkan semua org pun kaya nk shopping kat sana rupa-rupanya ade signature session dgn artis. ada faizal tahir (woot woot!!!) , stacy, aril, akim, mawi, shila, syahir, fara fauzana, black, TOMOK (aien sungguh gembiraaa dy pegi depan sekali semata2 nak amek gambar hoho).
dah, malas nak cerita lagi. selasa ni nak pegi KL. (again)
p/s: thanks so much to naurah and syasya!!
smooches~
No comments:
Post a Comment