Friday, December 31, 2010

2010



2010 is a wonderful and meaningful year for me. i've undergone some minor and major transformations in me throughout this one year period. so excuse this long post of cherishing my own sweet and bitter moments in my life.

january

the commencement of semester 4 of IB in MCS. as the hellish semester (sem 3) ended with me completing nothing on the IB-suicidal-assignment list, the nerdiest sem came mercilessly to replace it. my EE was terrible, my TOK essay merewang ke Mekah but luckily i didn't have to redo my IAs. pheww. that's a lot of stress u know. ada banyak pergaduhan n misunderstanding among my peers disebabkan IA ni.

february

still struggling to complete my EE and TOK essay. ink printer sampai habis buat print EE sampai 3 kali sebab asyik kena reject je. when i submitted both assignments to the respective lecturers, rasa macam ada satu batu besau dah terangkat from bahu. the feeling at that time is just...undescribable.

march

IRP started. sitting in the same spot in my favourite group in the dark 'cave', facing the same face and doing the same routine everyday. coffee DS adalah mantap tapi sedih sebab cikgu Azizah tak bagi bawak minum kat meja. subjek lain main bantai ja bukak kedai kopi kat meja group. membuat berlemon-lemon past years sampai dah nak muntah, tapi sebab ada kawan2, jadi sangat enjoy bila study.

celebrated his 20th birthday. =)

april

IRP session was still going on. then, the IB trial. first time dapat grade 4 sepanjang buat IB sebab mathematics punya soalan tahap killer dalam cerita Saw. memang kejam dan psychotic. tapi overall still satisfactory. alhamdullilah =)

may

Final IB examination. i was quite confident in answering the papers but i knew i'm not gonna get a 7 for mathematics. macam harapan gila laaaa. masa bulan ni, dah start nak berpisah dgn kawan2, semua pun rasa sedih especially bila dah tak dapat nak tido sebilik dgn mcdee, dah takleh nak gila2 dgn mira, dah takleh nak layan k-pop ngan dayang and many more.

fourth album super junior was out! muehehe

and yeah, our 3rd year anniversary =)

june

proses menggemokkan diri di rumah. duduk kat rumah bosan gila taktau nak buat apa, so masa dihabiskan dgn pegi ke lost world of tambun untuk berjumpa dgn kawan2 lama. tidak lupa proses belajar memasak, belajar menjahit, belajar jaga anak, pegi kursus kahwin...NOT.

july

IB results were out and sadly, my batch didn't perform out that well because the examiners were bad mood when they're marking our paper because their babies won't stop crying in the middle of the night and their nescafe couldn't help them to stay awake until 3 in the morning. sheeeshhhh kidding okay.

but again, alhamdullilah my result was okay except for the unexpected 6 in biology.

august

graduation day!! first time pegi hari anugerah cemerlang without my parents. sedih naik pentas dua kali tapi tak ada orang nak tumpang bangga. tapi seronok sebab dapat jumpa all the lecturers yg sgt dirindui and of course, my beloved batchmates. =)

dah mula proses berulang-alik ipoh-KL untuk settlekan hal dgn MARA. masa ni MARA mmg byk kali menguji kesabaran students, tapi sebab diorg dah bagi pinjaman setengah juta, terpaksa la sabar ja. dah rasa distance from ipoh to KL mcm g jalan kaki g kedai runcit mamak depan rumah je time ni.

september

dah mula sibuk isi borang dan berulang-alik cari saksi sana sini. mak dah pening banyak duit habis beli barang2 nak fly sebab anak pompuan dy beli barang macam nak tinggal forever kat india hehehehe i love u mummehhh.

19hb Sept - first time naik flight. KL-Bangalore. yeah, 20 tahun hidup baru merasa naik kapal terbang. saya simpati dgn hidup saya sendiri.

bermulanya hidup baru as a dental student. =)

october

still adjusting to my life in Manipal. 3 minggu pertama tiap2 malam menangis air mata darah sebab rindu family. ni la first time belajar perasaan homesick tu macam mana.

tapi dah sebulan kat sini, dah tak sempat nak rasa homesick sebab bz mengalahkan PM. but i'm loving my life as a dental student. walaupun pilih course dentistry sebab terpaksa, tapi sekarang rasa macam tak menyesal pun amek sebab this course is super-fun minus the depressing parts laaa kan.

celebrated my first birthday here in india away from my family and bf. =( luckily friends were being nice and wonderful =D

dah mula sayang Manipal and rasa nak belajar kat sini lama-lama sebab makan kat sini memang heaven gila plus barang2 sangatla murah.

november

the first block exam. baru dok Manipal sebulan setengah tengok2 dah ada exam besar, terkesima kejap. alhamdullilah, results okay so far. hopefully dpt maintain throughout these 5 years.

experiencing many new things here in India which were very fun.

dah mula rindu makanan Malaysia. T__T

december

what??? december already?? next year dah 21???????




thanks to people who've been colouring and spicing up my 2010. much love. =)

smooches~

Sunday, December 26, 2010

change


dulu suka berada dalam zon selamat.

macam kalau dah tau satu restoran ni roti telur dy sedap, maka setiap kali pergi kedai tu, wajib pesan roti telur. tak berani nak cuba menu lain sebab takut duit terbazir beli benda tak sedap.


rindu roti telur mamak.


jadinya tadi terfikir, rasa diri macam pengecut. rasa rugi. awak nampak (u see), dalam hidup ni ada banyak bende menarik. banyak sangat. tapi kenapa kita limitkan diri sendiri daripada merasai semua kemenarikan itu?


sebab kita sudah selesa begini?

sebab kita takut semua percubaan tak berbaloi?

sebab kita malas?

sebab kita takde geng nak buat?

sebab kita takde duit?

sebab takdir dah tentukan macamtu?



masa kecik2 dulu, saya dah bazirkan banyak peluang. sebagai seorang anak polis, saya diberi pelbagai keistimewaan untuk mempelajari pelbagai kemahiran diri seperti taek-kwan-do, karate, berenang, silat dan sebagainya dgn harga yang tersangatlaa rendah sebab kawan abah sendiri yang ajar.


tapi saya tolak semua tu sebab kelas2 itu diadakan pada waktu malam manakala kelas berenang pada hujung minggu.



semuanya sebab nak tgk kartun. sailormoon, dragon ball, arale, power rangers.



sudahnya, kini berasa menyesal sorg2 bila tgk adik sendiri dah pandai berenang. apa yang saya boleh buat dgn ilmu yg saya dapat drp kartun yg saya tgk masa malam dan weekend tu?


habuk pun tarak. hanya keseronokan sementara.



kalau saya pergi kelas karate atau berenang, sekurang-kurangnya saya dapat membantu orang dalam kesusahan satu hari nanti.




nampak pengajarannya di situ?



mari beranikan diri mencuba sesuatu yang baru.

smooches~

Sunday, December 19, 2010

new addiction




sweet sangat!!

kalaulah mak izinkan kawen awal, rasa macam nak kawen skrg jugak.

smooches~

Friday, December 10, 2010

MD41


we never know what we have until they're all vanish right before our eyes.

dulu nak sangat cepat2 habis buat IB sebab rasa penat, rasa macam nak mati, rasa terbeban, rasa nak pengsan tengok IA berlambak2.

sebab nak cemerlang dalam study, lupa langsung pasal sukan, pasal aktiviti luar, pasal menikmati kehidupan, pasal mengexplore bende2 menarik, pasal mencuba bende2 baru.

tapi nasib baik ada kawan2 yang sanggup menarik kaki, mengejut sampai goncang2 badan, merayu-rayu, memujuk-mujuk untuk belajar menikmati kehidupan.






belajar menghargai masa yang anda ada sekarang. cuba buat benda baru. jangan berada di takuk selamat je.

saya rindu zaman di mana tiada keperluan untuk berfikir dengan lebih matang dalam berkata-kata. tapi haruslah belajar grow up drp sekarang.

smooches~

Tuesday, December 7, 2010


memang susah nak jaga hati semua orang. kadang2 kita sensitif, tapi terpaksa berlakon jadi tak sensitif. bila once kita luahkan semua apa yg terpendam dlm hati, kita rasa puas. tapi kita takut orang lain pulak yg terasa. kita nak dia tahu apa kita rasa. kita kawan dia. kita mahu lebih memahami. tapi takut nanti jadi lebih renggang pulak. jadi kita ambil langkah berdiam diri dan pendam semua. kemudian macam mana kita nak hadapi dia esok dan hari2 seterusnya? kadang2 rasa lemas bila tengok kawan kita dibuat orang, tapi lagi lemas bila kita tak mampu nak buat apa-apa untuk selamatkan dia. kita pun tak sebaik mana, jadi kita takut untuk bersuara lebih2, takut dianggap syok sendiri. tapi kawan kita ada, bagi kita kekuatan. bila kita sudah dapat kekuatan dan hidayah itu, ada ja dugaan lain yg datang drp org yang kita kasih. dan sekali lagi kita harus pilih; sama ada kita mahu hati kita puas atau kita lukakan hati orang lain. tapi kadang2 orang lain bersikap lebih terbuka drp apa yg kita sangka. kita je yang tak tahu. ada je yg boleh menerima. tapi kita tak pernah ambil tahu. kita ambil tahu golongan2 yg bising, yang tidak mahu menerima. kawan2 kita keluarga kita, dan seharusnya kita buat yang terbaik supaya tidak mengguris satu sama lain. kenapa mesti ada benda yg terjadi yg menyakitkan hati setiap kali kita baru sahaja selesai bersalaman, berpelukan. bila orang lukakan hati kita, kita lebih suka membalas dgn melukakan hati org itu kembali. lumrah manusia. kita semua begitu. hati sekarang runsing tgk kejadian depan mata. tak mahu jadi macamni lagi.

kita dekat, tapi kita jauh sebenarnya.

jiwa kacau. truly luahan hati.

smooches~

Friday, December 3, 2010

korean break



at last i have some new songs to headbang whenever i feel down and frustrated. thanks my chemical romance for the danger days album on their comeback.




red hair suits u fine, bebeh.


eventhough i think their new comical concept doesn't suit them well, whatmore with weird MVs for Na Na Na and Sing, they're still cool the way they were back during The Black Parade days.

my favourite songs from this album so far:

summertime
scarecrow
bulletproof heart
na na na
planetary

Gerard's voice is still the same. the emotional and shrieking voice. suka!

i'm still digging the album to seek for a full satisfaction, so i'm taking a break from all korean songs for this weekend.

smooches~

Wednesday, December 1, 2010

block 2



sama tak? pegang yg betul punya baru feel nak belajar!

tak sangka tengkorak kita ni ada banyak sangat foramen dan canal. ingatkan kerja dy pegang otak bagi dok diam2 ja.

buat masa sekarang saya sedang mencuba untuk menyemai dan memupuk minat yg mendalam kepada subjek prosthodontics dan dental materials.

semoga minggu depan tidak akan menjadi zombie dalam kelas prostho dan semoga otak dalam tengkorak saya dapat memahami apa yg diajar dalam dental materials.

smooches~