dulu suka berada dalam zon selamat.
macam kalau dah tau satu restoran ni roti telur dy sedap, maka setiap kali pergi kedai tu, wajib pesan roti telur. tak berani nak cuba menu lain sebab takut duit terbazir beli benda tak sedap.
rindu roti telur mamak.
jadinya tadi terfikir, rasa diri macam pengecut. rasa rugi. awak nampak (u see), dalam hidup ni ada banyak bende menarik. banyak sangat. tapi kenapa kita limitkan diri sendiri daripada merasai semua kemenarikan itu?
sebab kita sudah selesa begini?
sebab kita takut semua percubaan tak berbaloi?
sebab kita malas?
sebab kita takde geng nak buat?
sebab kita takde duit?
sebab takdir dah tentukan macamtu?
masa kecik2 dulu, saya dah bazirkan banyak peluang. sebagai seorang anak polis, saya diberi pelbagai keistimewaan untuk mempelajari pelbagai kemahiran diri seperti taek-kwan-do, karate, berenang, silat dan sebagainya dgn harga yang tersangatlaa rendah sebab kawan abah sendiri yang ajar.
tapi saya tolak semua tu sebab kelas2 itu diadakan pada waktu malam manakala kelas berenang pada hujung minggu.
semuanya sebab nak tgk kartun. sailormoon, dragon ball, arale, power rangers.
sudahnya, kini berasa menyesal sorg2 bila tgk adik sendiri dah pandai berenang. apa yang saya boleh buat dgn ilmu yg saya dapat drp kartun yg saya tgk masa malam dan weekend tu?
habuk pun tarak. hanya keseronokan sementara.
kalau saya pergi kelas karate atau berenang, sekurang-kurangnya saya dapat membantu orang dalam kesusahan satu hari nanti.
nampak pengajarannya di situ?
mari beranikan diri mencuba sesuatu yang baru.
smooches~
No comments:
Post a Comment