Saturday, January 14, 2012

my heart


tengok balik post lepas, humangaihh emonya parihana! itu masa perasaan hati tak dapat ditahan-tahan dan takde tempat nak meluahkan perasaan. rasa tak sanggup nak bebankan orang lain dgn masalah peribadi yg parihana cari pasal. so boleh cerita kat orang lain a lil bit here and there only. full story, only parihana knows.

perasaan manusia senang berubah, susah diramal. ada satu fasa tiba2 rasa benci dgn semua orang, even bestfriend terkena tempias padahal tak salah apa2 pun. dah cuba tahan diri, tahan perasaan tapi susah. sebabnya takut kalau pendam jadi lagi teruk. senang cerita, tak payah cakap dgn orang dan duduk dlm bilik diam2. tak pun lari pusing endpoint banyak2 kali. bila mengah otak tak mampu nak fikir soal hati perasaan ni.

nak cepat2 tinggalkan fasa ni tapi so far parihana selesa begini which is worse sebab parihana menyeksa orang lain. i'm being selfish for my own comfort. tapi parihana fikir, 'sapa yg nak sayang diri aku kalau bukan aku sendiri', 'kenapa nak lebihkan fikir psl perasaan org lain?' jadinya parihana telah menjadi sungguh mementingkan diri dan meninggalkan seseorang terkapai-kapai mencari jawapan.

tipu kalau kata tak rasa bersalah. rasa bersalah tahap mega tahu sebabnya parihana sendiri penah rasa situasi digantung tak bertali. very agonizing tapi pegi buat jugak kat orang tu. orang tu sungguh sabar menunggu parihana berlalu drp fasa mengong ini. terharu jugakla tapi hati masih keras, masih mahu bebas.

sungguh, kalaulah hati manusia yg sedang kecamuk boleh diatur, disusun balik elok2 macam susun buku kat rak library, alangkah mudahnya. dah banyak kali cuba tenangkan diri, cari mana jln penyelesaian, tapi so far masih buntu. jd parihana jd pengecut, lari drp situasi. menyibukkan diri dgn macam2 hal sbb nak lupakan masalah. tapi smpai bila harus mcmni.... =(

kepada orang tu, terima kasih kerana masih menunggu, menanti dgn penuh sabar. i'll come back to you. sekarang parihana hanya mau hidup dgn gembira and enjoy apa yg ada dlm hidupnya.

smooches~

No comments: