Monday, September 17, 2012

Trrr tr tr

Just testing whether this app is still rocking my phone or not.

Happy Monday and Happy Holiday everyone!

jealous


salam semua! cuti memang best, tapi cuti lama tanpa sebarang kerja yg perlu dibuat jadi amatla boring. nak cuba masak macam2 kononnya tp malas nak p Giant beli barang jadinya telan air liur jela tengok gambo2 kat blog resipi.

anyhoo, kadang2 bila bersembang ngan orang, akan ada di kalangan kite yg melawan arus. tapi kalau takde golongan mcm ni nanti boring pulak ye dop. perangai aku yg aku tgh cuba baiki skrg ni, jgn menyampuk cakap org (masih berusaha) & cuba menjadi ikhlas bila bercakap & sedaya upaya menyenangkan hati orang (masih mencuba).

contoh 1

A : cantik kan baju si M ni, aku suka laa. mana ek dia beli?
B : cantik memang cantik, tapi kaler dy cam pelik sikitla, dy pakai tudung pun tak masuk ngan kaler baju tu.

-- perkataan 'tapi' tu tak sedap didengar, kadang2 org cakap 'tapi' ni sbb jeles, so dy nk sedapkan hati sendiri yg baju tu tak cantik mana padahal kalau baju tu ada jual kat tempat dy, dy la org pertama yg akan p beli. benda ni aku selalu buat, betapa teruknye perangai bila jeles kat orang. T_T Perkataan 'tapi' ni sebenanya bagus untuk menengok sesuatu isu drp perspektif berbeza tapi yg aku experience lg byk ke arah negatifla.

contoh 2

A : sweet gila bf si T tu boh gamba T jd wallpaper phone dy.
B : kalo bf aku tak boh gamba aku jd wallpaper, kirenye bf aku tak sweetla? kirenye bf T tu tak syg parents la sbb tak boh gamba parents jd wallpaper?

-- reply mcmni kadang2 org cakap untuk gurauan, tapi kalau T dengar, mesti T sentap. taktaula apa yg cuba ditegakkan kalau kita mereply mcmtu. apa salahnya kalau kite tumpang happy takpun diam jela kot ye pun jeles.

contoh 3

A : wah, beli baju baru.. bape ko beli baju ni weh?
B : adela dlm 40 ringgit kot..aku pun tak ingat
C : ala kau beli 38 ringgit kan, kat kedai XX kan? mane ade sampai 40 ringgit pun..

-- kalau terkena mcmni, hanya mampu bersabar dalam hati. lagipun C cakap benda betul, cuma nada tu tak best didengar.



------------------

banyak lagila contoh yg kite selalu dengar dlm perbualan seharian dgn org sekeliling kite. contoh2 kat atas, semua aku penah kena/buat so aku tau la macamana rasanya. tapi takleh nak buat apa, aku pun cakap2 kat belakang orang jugak. manusia mane penah puas hati kan. aku selaku org yg byk bergosip, mesti org pun akan mengata kt belakang aku, it's expected. tak penah kisah pun, asalkan aku taktau mcmn manusia mengata aku. bila tau, tu yg perit tu.

aku rasa Twitter dh racun pemikiran aku untuk menjudge orang berdasarkan tweet2 mereka. ade golongan yg tweet lain, tapi dlm dunia realiti lain pulak perangainye. aku ni termasuk golongan yg tweet merapu, aku tweet ape yg aku nak makan, aku lapar, aku ngantuk. aku takleh tido dsb. jarang sangat aku tweet benda2 berfaedah atau kata2 mutiara bagi pedoman hidup kat orang lain apa semua tu. sbb tu aku bersyukur ade kawan2 yg excellent dlm wordplay dlm mengajak ke arah kebaikan kat Twitter.

salah aku jugak mengexpect someone to live up to his/her own tweet. sbb Twitter, manusia yg aku berasa normal sebelum ni, tiba2 aku rase kurang sng ngan dy sebab tweet2 dy. cehh nak salahkan Twitter pulak padahal hati aku yg problem takleh nk terima org seadanya. wokey kita cuba kita cuba buka hati, buka minda. nak tutup acc, tapi banyak info kt situ. adohai. lagipun kalo bosan twitter la tempat aku nak tweet btau semua orang aku bosan hehe. facebook memang takleh harap. takdak privacy dah kat situ.

anyway, manusia yg selalu tweet kata 'kalau tak suka unfollow jelahh. ni twitter aku'. mmg la aku boleh je nk unfollow anda, tapi aku malas nk berdepan dgn situasi awkward yg akan mendatang selepas itu bile anda tau saye unfollow anda walopun anda kate anda tak kisah kononnya. haiszz.

panjang pulak membebel. bahasa tonggang langgang pulak tu even mak aku cikgu Sastera. mihmih. just nak luahkan perasaan yg tak terluah kat sapa2 or Twitter. bye. Salam.


Monday, September 10, 2012

Aminot nama diberi :)



 nama Aminot ni saya yg bagi. nama sebenor Nur Aminah pastu tuan punya badan perasan glamer bajet Key-Ell p eja nama sendiri jadi Miyn. ;p padahal loghat kedah pekat.

tataulah kenapa, Allah takdirkan saya beroomate/housemate yg asai Kedah cakap pun loghat pekat sampai saye pun dh reti ckp kedah sikit2. dari zmn kt mrsm sampai la kat Manipal. tapi so far, org kedah saya rapat semua baik2 belaka, termasukla Aminot ni. :)

my first impression on Aminot : tak ingat sebenaqnya sbb 2 tahun kat KMS kami takdakla rapat sgt. p bilik dy pun sebab nak sembang ngan Pah takpun nak p cari Aien/Nau/Myra yg melepak bilik dy. cuma taula dy ni femes sebab baik ngan ramai org (kot), bukan sbb kontroversi (kot) ;p hehe 

bila dh sampai Manipal pun, aku jd baik ngan dy sbb time ni semua MGs dah jadi satu geng, takdak dah puak kelas macam zaman KMS. masa nak agihkan hosmet2 sesama MGs, tau2 aku dok ngan dia n Myro. cuak sat, yalah, dy ngan Myro dah bertahun2 kawan nnt aku dipinggirkan pulak*drama*

tapi Alhamdullilah, Allah bagi saya (kejap saya, kejap aku) hosmet yg baik2 belaka. :D dahla dua2 kecik molek selalu buat aku nampak cam bodyguard/gergasi bila jalan ngan depa. T_T

Aminot's trivia:
  • umoq 22 tahon walopun suka mengaku 17.
  • pandai memasak dan mencuba masakan baru sambil mengunci pintu dapoq
  • suka dangdut. naseb bek suara beliau sedap.
  • a girl with a very firm ground. this one, i really adore her.
  • rajen membaca segala jenis mak nenek buku pelik2.
  • pandai mengajuk orang. talent dy hat ni memang takdak sapa boleh lawan *pistol*
  • gila SRK. (aritu ada kwn saye ingat srk org dok bising2 selama ni as Sek Ren Kebangsaan =_=)
  • suka sgt Domino's pizza, so esok mehla aku belanje seketoi pizza utk celebrate bday beliau. 
byk lagi perangai pelik Aminot ni, tapi itu yg interesting tu ye dop? 




(penat aku godek2 folder gambo, memang aku takde byk gambo ngan hang minott T__T ni je yg ado huhu)

anyhoo, i'm glad now i am bestfriend with Nur Aminah. :) Happy Birthday bebeh. Je' vous aime hihi.


raya 2012 (post basi)


basi macam mana pun, it's still Syawal, so Selamat Hari Raya Aidilfitri to all. i had a great raya :) 













baki cuti ada lagi 2 minggu saja lagi. :(

smooches~