Wednesday, May 4, 2011

may


salam ppl.

jadinya sekarang dah bulan May. *terkejut* dah nak dekat separuh tahun dah weh! kalau kat India still 3 hb, so a birthday shoutout to DJ kawan headbang lagu MCR, and kalau kat Malaysia dah 4 hb, so another birthday shoutout to my one and only mamma-nim, kappa@syarifah nuratiqah!!! oh ye juge belated birthday wish kepada ikmal sapini yg sombong sedikit tu yg besdaynye 2hb lepas.

hari ni merupakan permulaan block terakhir bagi pelajar first year BDS. *terkejut lagi* huaaa kenapa cepat sgt masa berlalu? rasa macam baru je semalam mendaftar kat Manipal ni sambil terbatuk-batuk sebab banyak sgt habuk. ayat cliche, memang pun. dah masuk block 4, maksudnya makin dekatla university exam tu. rasa cam nak meninggal bila fikir kena cover balik semua apa yg dah belajar from block 1.

nak habiskan baca 6 chapter dental anatomy dalam masa satu stgh hari pun dah meleleh air mata rasa mcm nak meninggal, ni nak habiskan semua chapter first year dlm masa 3 minggu. tak sanggup nak bayangkan betapa zombienya saya nanti.

anyhoo, berharap sgt block 4 ni subjek2nya lagi seronok dan lecturer2nya juga tidak membosankan seperti coughblock3cough. sebabnya, pengaruh subjek n lecturer ke atas mood nak belajar dan menghapai, hubungannya adalah directly proportional.

tapi hari ini sudah memberi impression bahawa block ini bakal menjadi seperti block lepas. T_T first day dah kena torture dgr lecture from 8 pagi sampai 4 petang. sebenarnya masa anatomy tadi memang dah tertido habis, masa dental material saya sibuk kira bajet duit untuk bulan ni, masa prostho saya asek tgk rambut dr. deepthi yg lawa tu, masa physio saya berangan2 bila nak p beli moto dan masa biochem saya tanya diri sendiri, apa yang aku belajar hari ni actually? sad.

still, mari berharap untuk yg terbaik!

akhir kata, goodluck to IB batch V for your final IB exam! just do your best and leave the rest to Allah S.W.T because He knows what's the best for you. macam dulu saya tak puas hati kenapa KMS campak saya kat Manipal yg ceruk ni tapi akhirnya baru nmpk hikmah di sebalik semua ni and i do believe that Manipal is the best for me. =)

smooches~


No comments: