ironic. benda pertama yg ada dlm kepala bila diri tiba2 baik hati nak join main futsal sebagai wakil kelas dlm interbatch competition. dulu masa kat mrsm n kolej, fanarosli dikenali sebagai orang paling malas riadah, hanya tahu tido masa riadah, dan paling malas berjalan kaki untuk pergi ke mana2. pasar malam ampangan pun tak rela nak pergi. 2 tahun kat kolej adela dalam 2 kali pernah pergi jogging kat lake garden seremban. tu pun sebab lepas tu nak p brakfast kat bistro n teman mcdee usha mamak bistro tu. hoho.
tapi bukan di sini, tidak di manipal. di sini fanarosli menjadi active semacam pasal apa, i'm not sure. yang sebenarnye, aku sangat rindu nak main netball, basketball and handball yg satu mase dulu pernah menjadi kegemaran aku. aku jugak rindu nak masuk acara balapan such as sprint 100m n 200m, tak dilupa acara lompat kijang yg merupakan kepakaran n menggenggam trofi olahragawati sekolah. sumpah rindu. dan 4 tahun di mrsm n kolej telah disia-siakan begitu saja sampai badan jadi lembap n unfit, lelah datang macam tak menyempat2. sedih.
sebab tu kat sini macam sukarela nak join futsal bila miyn mintak ganti kappa masuk futsal walaupun pada mulenye sgtla berat hati ni nak turun pektis. lagipun takde basic futsal. sepak bola macam setahun sekali je kot. tengok bola memang taklaa kan. tapi berpaksikan prinsip kelas kami, ''kita main just for fun, so enjoy the game" (prinsip orang yg confirm kalah, =P) so aku pun turunla main. and it turned out very fun!! masa mula2 pektis penat gila sebab asek gelak, menjerit2, pastu lagi banyak lari kutip bola from sepak bola, tapi lastly kitorg dpt jugakla main dgn penuh gaya. =P
bak kata miyn, kamilah pasukan (bidan terjun) futsal BDS
isma (striker), aien (striker), najaa (goalkeeper), me (center, ade ke position center dlm futsal? ahh p mampuih), miyn (defender)
takleh blah nak jugak tulis posisi masing2, gaya mcm pro je. teehee.
walaupun tak dapat score satu gol pun, n kalah dalam semua games, tapi kami tetap happy. happy sebab dapat experience baru, happy sebab main takde nak tarik tudung, happy sebab main dgn aman (?), happy sebab walaupun main cam hampeh, tapi gol takdela bolos banyak kali, maksimum bolos 2 kali je =) and happy sebab kawan2 sudi turun bagi semangat even kitorg main macam noob tahap dewa. =)
muka happy walaupun terpaksa main dlm panas terik dan kalah kpd team 27
malam tu pulak kena substitue senior main netball. mule2 mcm serba-salah nak main sebab kaki dah injured masa main futsal. ade pendarahan di bawah kuku atau pun bahasa medicnya kita panggil nail bed. sakit dy toksah nak cakap, asal tersepak benda je, confirm meraung satu bilik. sembahyang pun kena duduk. sobss. tapi sebab rinduu sgt nak main netball, aku main jugak. p mampuihlaa kaki tu nak sakit ke apa.
coach suruh celup kaki dlm ais masa injured, sejuknya tuhan saja yg tahu.
kau tgk muke kappa, macam suka je aku injured.
the azab came the next day. pendarahan (bunyi mcm sgt kritikal,, haha) bawah kuku jadi lagi teruk and bertukat menjadi kehitaman. huu. pengumpulan lactic acid due to excessive anaerobic respiration of muscle fibres dan oxygen debt yang masih belum dilangsaikan menjadikan kaki mengalami muscle cramps yg sgt dasat up to the point where i couldn't even raise my leg. sakit gila, jalan pun hinjut2 mcm OKU. nampak sgt my myoglobin amount dlm skeletal muscle masih tak mampu untuk meng-supply enough oxygen for the rapid contraction of muscles masa aku lari2 macam org sawan atas padang simen futsal. ok sila tampar aku skrg for being nerd.
jadi konklusinya aku mahu menjadi aktif di sini. tiada lagi sluggish lifestyle di mana tido dan rehat menjadi prioriti utama. doakan aku berjaya, kawan. zaaaassss!! *hilang tiba-tiba dgn efek asap*
smooches~
No comments:
Post a Comment