Thursday, November 4, 2010

rasanya lah


rasanya lah, saya tidak akan memilih prosthodontics sebagai cabang yang ingin saya tempuhi selepas saya tamat membuat degree nanti.

rasa bangga pulak bila dah boleh cakap "wey, aku tgh buat degree ni" =_='

sudahla lecture prostho sering membuat saya menguap dan mengantuk tahap dewa, ditambah dgn kefahaman yang masih tidak hadir di dalam hati (?) walaupun lecturer mengajar bagai nak rak.

seriusly, saya rasa seperti tidak mendapat apa2 input pun sepanjang lecture berlangsung. hanya memandang slides dengan mata hati yang kosong.

kekecewaan ditambah semasa praktikal prostho berlangsung di mana kami disuruh membuat negative replica of die. die di sini bukan bermaksud pergi mati, sebaliknya die ialah suatu postive replica of your oral cavity. atau bahasa mudah die itu merupakan suatu subjek yg menyerupai bahagian2 dlm oral cavity anda. mudah bukan?

apa maksud oral cavity dalam bahasa melayu? ruang mulutkah? =_=' sedih cikgu azizah kalau dy tau bekas anak murid dy dah cacat bahasa ibunda.

kami perlu menekan suatu material bernama impression compound yang sgt keras tapi bila celup dalam air panas, jadi lembik. characteristic ini dinamakan thermoplastic. saya mengerah sepenuh tenaga untuk mem-press die bersama impression compound. bila bukak, rasa macam dah cun, hati pun kembang kuncup bawak p jumpa lecturer.


percaya tak, beginilah rupa oral cavity anda di bahagian maxillary yakni bahagian yg ada lelangit tu.


berkecai hati bila lecturer cakap ''nothing is recorded". ini bermaksud impression compound saya tak ada secubit pun rupa seperti oral cavity. maksudnya tenaga zahir yg saya kerahkan masih belum mampu untuk manjadikan impression compound yg berkaler coklat itu betul2 menyerupai oral cavity seorang manusia.

kalau sekali tak apa, ini sudah 537435238 kali lecturer cakap begitu. okay, exaggerated gila babeng.

jadi sepanjang 3 jam praktikal itu, hidup saya dipenuhi moment2 menyeksakan di mana tangan sudah menjadi kasar dan numb. tenaga juga sudah kehabisan sehingga saya terpaksa meminta pertolongan classmate untuk mencabut die itu drp compound budus itu. sungguh menguji kesabaran.

tambah hampa apabila rakan2 di sekeliling sudah di-approved oleh lecturer, dan mereka sudah boleh proceed dgn upacara mengikis saki-baki compund itu. tapi saya masih di situ, di ceruk yg sama, menekan-nekan die di atas impression compound, dgn mata merah air mata hampir berlinang. tapi masih mampu control macho.



sungguh, bidang ini perlukan azam dan determination yang sangat kuat. putus asa tidak harus ada dalam kamus hidup.

smooches~

5 comments:

gadisBunga™ said...

takpe. teruskan sampai sempurna.

Anonymous said...

comel nya bole main bentuk2 mulut weh :D

nurulfana said...

gadis bunga : thanks! =)

kina : memangla comel tapi tersekse jiwe rage aku nak buat bende tu tau. sobs

nurlisa kamal said...

menarik lah! :)

time buat mould utk braces, doc to ckp lelangit saya tinggi...sbb bila dia keluarkan *tah amenda sy pun taktau nk hbaq* tp boleh gigit time nk amik shape gigi... doc tu ckp :

wah, tingginya lelangit~

btw..tulis lg banyak2 okey! nak baca! =)

nurulfana said...

ahaa tu namanya proses membuat impression, which menas we need to record anything present in your oral cavity.

tp yg akak guna kat atas ni untuk patient tak bergigi.

nama impression yg digunakan utk org bergigi entah apa name dy tah, akak dh tak ingat. nmpk sgt tak study prostho lg. haha!