selama 13 belajar di sekolah + kolej di Malaysia, saya sudah dibiasakan dgn situasi cuti panjang setiap kali selesai exam kritikal. tapi sekarang kena biasakan diri dgn prinsip universiti saya yg mengamalkan konsep, ''ye kau dah habis exam penting, tapi ada aku kisah?''. tak ada cuti panjang untuk merilekskan diri dgn lebih lanjut selepas exam. sedih? SANGAT!
sedikit ulasan mengenai exam penting pertama saya di sini :
- tak susah tapi tak senang. tendency untuk careless dan hilang markah free amat tinggi.
- space antara row dlm kertas kajang sgtla luas, bajet tulisan saya mcm tulisan bapak gajah ke apa?
- kepakaran melukis amat diperlukan dlm menjawab soalan.
- dental anatomy punya essay paper mampu membuatkan tangan saya tercabut.
- 25 minit semasa anatomy spotters merupakan 25 minit terpantas dlm hidup saya. masa 1 minit untuk satu stesen memang menguji kemampuan untuk berfikir dan menulis dgn laju. 25 stesen di mana 21 stesen yg ada kepala, 2 stesen melihat cells under the microscope dan 2 stesen yg ada tengkorak seems to be endless.
- physiology paper memuaskan.
- biochemistry paper juga memuaskan.
- carving of maxillary central incisor kurang memuaskan. incisal ridge terlebih nipis dan akar gigi agak cacat. tangan menggeletar masa nak polish and lukis midline.
- semasa gap antara exam, saya hanya akan tido selepas 6 pagi dan bgun semula pukul 12 tengah hari. masa IB pun saya tak penah study segila mcm ni.
rasanya tu jelah. bila agaknya hidup saya akan bebas drp peperiksaan? *harapan*
sudah menjadi kewajipan bagi kami gadis BDS untuk mereward diri sendiri selepas mengalami sleepless night selama seminggu. ya, kami memang suka mereward diri sendiri walaupun untuk benda kecik sekalipun because we're young and we're enjoying our precious teenage life cewahhh!!
teenage lagi ke kami ni?
jadinya selepas hampir 3 bulan kami di sini, akhirnya kami telah menjejakkan kaki ke malpe beach. *clap hands* pantai dy biasa2 aja, cantik lagi pantai Malaysia. tapi yg bestnya mestila sesi photoshoot. kami juga menaiki boat untuk pergi ke pulau berhampiran. agak kecewa nama pulau tu sempena nama orang putih. St. Mary. bagila nama indian sikit.
bds itu ialah bachelor of dental science ya.
dulu masa trip ke langkawi naik boat lama2 pun tak kisah sebab its a very bumpy and fun ride terutama apabila boat melanggar ombak dan air terpercik-percik (?) ke muka. tapi tadi, oleh sebab kami BDS girls ada 18 orang n hanya menaiki satu boat, jadi boat itu amatlaa perlahan dan perjalanan ke pulau pula membosankan.
dah selesai bersuka ria di pantai, kami pergi berjoli duit di Temple Street, Udupi. ini merupakn kali pertama saya bershopping di Udupi jadinya paham2 jela nafsu tu mcmn kan. saya dh berjaya membeli 4 kurta yg cumel2 dlm 1000 rupee iaitu bersamaan dgn RM 70. hidup saya bahagia.
esok dah mula kelas seperti biasa. *lap airmata*
smooches~
No comments:
Post a Comment